Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Konsep Raja Berperlembagaan di Malaysia

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mewujudkan jawatan Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan kepada cadangan dalam Suruhanjaya Reid yang memasukkan peruntukan mengenai “Yang Dipertuan Besar di sisi perlembagaan bagi Persekutuan yang akan dipilih dari kalangan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. “Yang Diper-tuan Agong dikatakan akan menjadi simbol perpaduan negara. Mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA adalah Utama Negara bagi Persekutuan yang memperuntukkan bahawa baginda adalah Utama Negara bagi Persekutuan yang mempunyai keutamaan dan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun kecuali dalam Mahkamah Khas.

Yang Di-pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja Perlembagaan, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

Raja merupakan ketua agama islam bagi negeri masing-masing, tetapi bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka, ketua agam Islamnya ialah Yang Dipertuan Agong dan ini diperuntukkan dalam Perkara 3(3)Perlembagaan Persekutuan

  • Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, namun pada hakikatnya kuasa eksekutif ini dijalankan oleh Jemaah Menteri atau Menteri-menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri .
  • Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa YDPA hendaklah melantik sebuah Jemaah Menteri untuk menasihatkannya dalam hal menjalankan tugas-tugasnya
  • Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA dikehendaki mengikut nasihat Jemaah Menteri atau Menteri-menteri.

Pemilihan YDPA

Pemilihan YDPA akan dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan 9 Raja-Raja Melayu mengikut peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

  • Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan dalam pemilihan YDPA hendaklah mengikut peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah Bahagian 1, Jadual Ketiga iaitu Seksyen 2, 3 dan 4 Perlembagaan PersekutuanPerkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA hanya dipilih untuk menyandang jawatan ini bagi tempoh 5 tahun sahaja. Majlis Raja-Raja memainkan peranan yang penting dalam pemilihan YDPA kerana mengikut Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja boleh bertindak mengikut budi bicara mereka dalam soal pemilihan YDPA.
  • Seksyen 7, Jadual kelima Perlembagaan PersekutuanYang Di-Pertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja dalam soal pemilihan YDPA

Ciri-ciri Kelayakan Menjadi YDPA

1.   Hanya Raja-Raja sahaja boleh dipilih selepas Raja itu memberi perkenan untuk dipilih.

2.   Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.

3.   Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja yang lain hendaklah dilantik oleh Raja itu dan layak mngundi sebagai proksi.

Ciri-ciri Ketidaklayakkan Menjadi YDPA

(Seseorang Raja itu tidak layak dipilih berdasarkan kepada Seksyen 1 Bahagian 1 Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang merupakan peruntukkan berkenaan dengan ketidaklayakan menjadi YDPA.)

1.   Raja itu belum dewasa.

2.   Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih.

3.   Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi YDPA disebabkan oleh kelemahan akal dan tubuhnya atau kerana sebab-sebab lain. Ketetapan ini memerlukan sekurang-kurangnya undian daripada lima orang Raja.

Pemecatan YDPA

YDPA hanya boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, mengikut Perkara 32(4) Perlembagaan Persekutuan, pemecatan YDPA oleh Majlis Raja-Raja mestilah mengikut peruntukan-peruntukan dalam Seksyen 8, Bahagian 3, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut peruntukan yang terdapat dalam Seksyen 8 Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, sesuatu ketetapan oleh Majlis Raja-Raja bagi memecat YDPA dari jawatannya tidak boleh diluluskan dibawah kecuali sekurang-kurangnya 5 orang ahli Majlis Raja-Raja telah mengundi menyokong ketetapan itu.

Soal pemecatan YDPA juga adalah berdasarkan kepada budi-bicara Majlis Raja-Raja yang diperuntukkan di bawah Perkara 38(6)(a) Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Seksyen 7, Jadual kelima Perlembagaan Persekutuan, Yang Di-Pertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja dalam soal pemecatan YDPA.